BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 24 January 2010

Tour HT17

Pada 24.1.2010,kami(Mohd Adi,Mohamad Suhaimey,Khalil,Jrd dan Rudi) telah membuat lawatan ke beberapa buah tempat yang menjadi sasaran untuk melaksanakan Program family Day HT17.Kami telah berangkat dari Universiti Malaysia Sabah pada jam 8.30 pagi.Walaupun lambat bangun disebabkan kelewatan tidur semalam,tetapi kami tetap mampu meneruskan lawatan ini.Lokasi pertama yang kami singgah adalah Pekan Tuaran dan tujuan persinggahan ini adalah untuk sarapan pagi.Awal-awal pagi ada sudah makan soto..si Jrd dengan Rudi la.Yang lain makan mee goreng ayam dan minuman milo panas..restoran yang dipilih adalah Restoran Munawarah.Bolah la juga makanan di sana..masuk perut juga la.

Perjalanan kami diteruskan lagi ke Homestay Mensilau Ranau dan sebelum tiba di kawasan tersebut kami singgah terlebih dahulu di Pekan Kundasang untuk membeli buah.Sempat juga kami mengambil gambar di kawasan ini.Sepanjang perjalanan kami banyak yang telah kami lalui.Cuaca sejuk kerana bukit diliputi kabus,lori panjang susah mau dipotong..kelabu asap kami dibelakang,keadaan jalan raya yang tidak rata dan banyak lagi.


Kami telah tiba di Homestay lebih kurang jam11.30 pagi dan kami telah berjumpa dengan pemilik kawasan tersebut.Kami di bawa melawat ke tapak perkhemahan tersebut.

Kami teruskan perjalanan ke Zen Garden pula untuk melihat kawasan tersebut.Hasilnya kawasan tersebut memang sesuai tetapi tentang harga bagi pakej program tidak dapat diteruskan kerana pihak yang khas untuk perundingan tidak ada di pejabat kerana bercuti.

Selepas melawat tempat tersebut,kami terbang ke Daerah Tuaran pula untuk melawat dua tempat yang strategik iaitu Mimpian Jadi Resort dan Tuaran Beach Resort.Sebelum tiba di Tuaran kami sempat mengambil gambar dibebarapa kawasan sepanjang perjalanan ke Tuaran.


Kami tiba di Tuaran pada sebelah petang dan kami singgah terlebih dahulu di Pekan Tuaran untuk mengisi perut yang sedang lapar..Restoran yang dipilih tetaplah Restoran Juara.Nasi ayam yanglazat tapi harga pun lazat juga.Kes disini blaku apabila Rudi terpaksa makan mee basah yang dibuat dari mee Tuaran.Cam nda lazat ja..hehehe.Sepanjang perjalanan kami makan keropok dan pisang jak.sakit perut oh..hehehehe

Setelah melawat resort-resort ini,kami berangkat pulang ke UMS sekitar jam 4 petang.

gambar lain esok akan di upload..

No comments:

Post a Comment