BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 26 January 2010

Pilihanraya Sekolah

Pada 23 Januari yang lepas,pilihanraya Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial telah berlangsung dengan 16 calon yang bertanding.Semua kursus telah menghantar calon masing-masing kecuali Sains Sukan yang tidak menghantar wakil.Majlis ini telah berlangsung lebih kurang jam 9 pagi dan majlis telah bermula dengan ucapan daripada Mantan YDP dan daripada Dekan.
Selepas majlis ini.diteruskan pula Mesyuarat agung PGuru dan pembentangan laporan tahunan telah dilaksanakan oleh exco masing-masing.Pada majlis ini,soal jawab antara pelajar dengan mantan Pguru telah berlangsung.Selepas sahaja Mesyuarat Agung ini tamat,pengenalan calon yang bertanding telah dilaksanakan dan calon-calon ini telah menampilkan manifesto masing-masing dan keseluruhan daripada calon yang bertanding ini rata-rata tidak menjanjikan sesuatu yang sukar dilaksanakan tetapi calon-calon ini berjanji berusaha untuk membuat terbaik dan juga membuat reformasi kepada persatuan ini.Proses pengundian calon telah bermula sekitar waktu tengah hari.

Berkenaan pengelibatan pelajar pada majlis tersebut,pada awal pagi ketibaan pelajar tidak berapa menggalakkan kerana menjelang jam 9 pagi,wajah-wajah pelajar belum ramai dan ini membimbangkan pihak pengurusan,Tetapi menjelang jam9.30 pagi ramai pelajar hadir dan ini memberi sedikit kelegahan kepada pihak pengurusan.Sebenarnya kehadiran pelajar ke majlis ini adalah wajib namun ramai juga pelajar tidak hadir dan ini perlu diambil perhatian semasa penganjuran majlis-majlis seterusnya.Walaupun ramai yang tidak hadir pada majlis ini kerana mungkin juga sibuk atau sengaja tidak hadir,tetapi majlis ini berjalan lancar dan proses pengundian berjalan dengan lancar tanpa adanya permasalahan yang timbul.



Berkenaan penganjuran majlis ini juga,satu respon daripada pelajar adalah memohon supaya pada sesi akan datang,Mesyuarat agung dan pilihanraya perlulah diasingkan kerana pelajar tidak dapat menunggu lama sebelum pengundian kerana ada urusan penting dan ini harus juga diambil perhatian semasa penganjuran aktiviti pada masa-masa akan datang.

Majlis tamat sekitar jam 1 petang dan pelajar-pelajar bersurai.

No comments:

Post a Comment