BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday 11 January 2010

kerja Lapangan Pengurusan Lembangan Saliran









Sungai merupakan elemen alam sekitar yang penting kepada manusia. Sejak dahulu lagi, manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai kerana sungai berfungsi sebagai alat pengangkutan, perhubungan,sumber bekalan air untuk domestik dan pertanian selain membekalkan sumber ikan kepada manusia.

Menyedari kepentingan sungai terhadap manusia, maka satu kajian di bawah seliaan Dr. Tan Choon Keong telah dijalankan oleh pelajar-pelajar Tahun Tiga Pendidikan dengan Sains Sosial di Sungai Penataran Kg. Melangkap Baru, Kota Belud pada 17 dan 18 Ogos 2009. Seramai 43 orang pelajar yang mengambil kursus Pengurusan Lembangan dan Saliran telah menyertai kajian selama dua hari di Sungai ini. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan ciri-ciri bentuk muka bumi sungai yang terdapat di Sungai Penataran dan aktiviti-aktiviti manusia di kawasan sungai yang meliputi aktiviti positif dan negatif serta langkah pemeliharaan dan pemuliharaan sungai tersebut. Selaras dengan kempen Cintai Sungai kita yang diperkenalkan pada tahun 1993, pelbagai langkah telah dilakukan supaya sungai ini boleh terus dipelihara. Begitu juga cadangan-cadangan bernas telah dikemukakan dalam kajian ini untuk mengekalkan Sungai Penataran sebagai khazanah alam bernilai tinggi di Kota Belud khasnya dan Sabah amnya. Laporan kajian ini turut dibukukan untuk rujukan kepada para pensyarah, pelajar-pelajar dan orang awam yang memerlukan. Diharapkan hasil laporan kajian ini akan dapat memberikan maklumat yang berfaedah di samping mampu melahirkan kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan sungai kepada manusia

No comments:

Post a Comment