BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 9 January 2010

Perjumpaan Bersama Dekan Sesi 2009/2010


Hadir :
Prof Mohd Yusuf Bin Abdullah (Dekan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial)
Prof Dr.Na’imah (Timb.Dekan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial)
Saudara Azrul Ibrahim (Presiden Majlis Perwakilan Pelajar)
Ketua-ketua Program HT16,HT17,HT18,HS20,HT06



Pada 17.01.2010 satu perjumpaan bersama Dekan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial telah berlangsung di DKP 1.Hadir pada majlis tersebut ialah Dekan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial iaitu Prof.Mohd Yusuf Abdullah,Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi SPPS,Ketua-ketua program,Presiden MPP serta pelajar-pelajar Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.Majlis ini bermula pada jam 9 pagi dan tamat sekitar jam 11 pagi.
Ketibaan Dekan disambut dengan tepukan gemuruh daripada semua pelajar yang hadir pada majlis tersebut dan seterusnya nyanyian lagu Negaraku,Bertekad Cemerlang dan Kami Guru Malaysia.
Acara telah diteruskan dengan bacaan doa yang telah diketuai oleh saudara Zamri Abd Sani.
Pada majlis tersebut,Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah iaitu saudara Azrul Ibrahim sempat menyampaikan ucapan alu-aluan.Beliau merupakan wakil pelajar yang mewakili pelajar Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.Dalam ucapan beliau,beliau berasa bangga dengan ketibaan para pelajar yang begitu menggalakkan kerana dalam hemat beliau,jangkaan pelajar pada masjlis tersebut tidak lah seperti yang disangkakan.Dalam majlis ini,lebih daripada 1000 orang pelajar telah hadir kerana jika dilihat pelajar telah memenuhi semua kerusi yang terdapat dalam dewan tersebut dan ini menunjukkan komitmen daripada semua pelajar yang bakal menjadi guru pada masa hadapan.Dalam ucapannya juga,beliau telah berkongsi beberapa isu terutamanya isu dalam universiti seperti isu kelewatan ptptn,masalah pendaftaran kursus pelajar,dan isu bas. Beliau juga telah menyentuh isu yang berkaitan dengan pendidikan iaitu perubahan beberapa sistem dalam pendidikan negara seperti pemansuhan PPSMI,pengambilan subjek SPM tidak lebih daripada 10 subjek.
Dalam majlis ini juga,Dekan telah menyampaikan beberapa amanat kepada semua pelajar.Pelajar Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial merupakan bakal guru pada masa hadapan.Oleh itu setiap pelajar haruslah membawa imej guru dengan baik untuk mengelakkan nama SPPS tidak tercemar diluar kerana melahirkan bakal guru yang tidak berkualiti dan menepati kehendak pendidikan pada masa kini. Menurut beliau,guru adalah insan yang menjadi pendidik kepada generasi pelajar dan sebagai seorang guru,pelajar haruslah menunjukkan imej yang baik semasa meneruskan pengajian selama 4 tahun di Universiti ini.Ciri-ciri guru seperti berdisiplin,berperwatakan baik,berpakaian sopan,moral baik,menepati masa dan membuat perancangan yang baik haruslah ada kepada diri seorang guru bagi mengelakkan imej guru tercemar.Sebagai seorang guru,adalah sangat perlu untuk mengetahui isu-isu semasa sama ada dalam atau di luar negara.Selain itu,seorang guru juga perlulah mengetahui isu-isu pendidikan negara bagi meningkatkan kemahiran insaniah di dalam diri.Sifat tidak peduli tentang isu-isu pendidikan negara perlulah di elakkan.Pada majlis ini,beliau juga telah menyentuh bebrapa isu seperti lambakan guru di Malaysia,kelewatan penempatan guru di sekolah-sekolah, dan penempatan pelajar pendidikan IPT yang dibelakangkan.Banyak perkara yang menyebabkan pelajar pendidikan IPT tidak layak ditempatkan di sekolah-sekolah. Antaranya ialah apabila pelajar SPPS dipanggil ke temuduga,pelajar gagal ditempatkan di sekolah kerana gagal semasa temuduga.Hal ini kerana pelajar tidak menguasai softskill dan mempunyai pengetahuan yang cetek berkenaan isu pendidikan,isu dalam negara dan isu luar negara.Selain itu,perwatakan pelajar yang tidak bersesuaian dengan kerjaya seorang guru juga menjadi penyumbang kepada kegagalan pelajar untuk mendapat tempat disekolah-sekolah.Disiplin pelajar yang tidak diasah sejak di IPT menyebabkan disiplin tidak baik terbawa kea lam pekerjaan.Atas sebab ini,beliau meminta kepada semua pelajar supaya menunjukan peribadi yang baik seperti memakai pakaian yang bersesuaian apabila berada di sekolah dan tidak memakai pakaian seperti jeans,selipar dan t-shirt.Beliau memetik daripada kata-kata seorang tokoh pendidikan iaitu “seorang guru itu adalah pembawa watak dan wajah seorang guru” dan seorang guru itu perlu menunjukkan peribadi seorang guru yang baik dan menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling.
Berkenaan lambakan guru,Dekan sekolah juga telah menambah bahawasanya pihak ipt sentiasa mengambil langkah untuk mengatasai permasalahan ini dan sebagai langkah permulaan di SPPS semua pelajar diminta agar tidak lupa untuk menyertai aktiviti kokurikulum di dalam kampus serta aktiviti sekolah bagi meningkatkan imej sekolah bukan sahaja diperingkat sekolah tetapi diperingkat universiti juga.Semua pelajar haruslah turun memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti sekolah dan persatuan-persatuan lain seperti PGuru.Kekuatan PGuru dalam mengatur aktiviti-aktiviti haruslah ditampilkan ke peringkat universiti pula bagi memastikan imej sekolah dikagumi diperingkat universiti.
Pada majlis ini juga,Prof sempat memberi peringatan kepada semua pelajar terutamanya pelajar tahun 4 agar mengambil berat tentang bergraduasi dan mengambil langkah yang baik untuk mengelakkan nama tercicir daripada senarai pelajar yang layak bergraduasi.Perkara seperti mengisi boring untuk graduasi hendaklah diambil berat agar masa gradusai kelak tidak terjejas.Sebarang masalah yang berkaitan dengan akademik haruslah dirujuk kepada ketua program masing-masing atau timb.HEP SPPS atau penolong pendaftar SPPS ataupun boleh merujuk kepada Dekan kerana sebagai Dekan,masa untuk pelajar turut diutamakan.Selain itu,Prof juga mengingatkan kepada semua pelajar supaya mengambil berat tentang penguasaan softskill dan PNGK kerana di war-warkan bahawa sekurang-kurangnya 2.75 PNGK baru mendapat tempat disekolah-sekolah.Bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan,pelajar harus menyimpan semua transkrip keputusan bagi setiap tahun dan membuat semakan sekiranya berlaku kesilapan pada masa hadapan.
Pada majlis ini juga,beberapa orang pelajar telah memberi respon iaitu berkaitan kebimbangan apabila pelajar pendidikan keluaran IPT dipinggirkan dan meminta jalan penyelesaian yang telah diambil oleh pihak IPT.Juga perkara yang disampaikan adalah isu pengutamaan KPLI dan DPLI yang pada hemat semua pelajar tidak adil kerana KPLI dan DPLI.
Akhir daripada majlis ini, semua hadirin berangkat keluar dewan kira-kira jam11 pagi.





Gambar sekitar majlis tersebut:






No comments:

Post a Comment