BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 14 January 2010

Sebuah Cerita
















Maka tersebutlah sebuah kisah tentang seorang hamba Allah yang sangat taat dan patuh kepada suruhan illahi.Memiliki seorang anak yang baik dan seekor keldai yang taat kepada perintah tuannya.Maka mereka pun berjalanlah di satu kawasan yang sangat asing bagi mereka.Dalam perjalanan mereka,hanya seekor keldai sahaja yang muatan dibawah tidak lah banyak seperti sebuah lori yang boleh membawa muatan yang banyak.Memandangkan memiliki hanya satu keldai sahaja,maka dua beranak itu tidak lah menunggangi keldai tersebut.Lalu mereka pun tiba di sebuah jalan yang ditepinya ramai orang yang melihat mereka.Maka berkatalah orang disitu,"hai manusia yang kurang arif,kamu memiliki keldai mengapa kamu tidak menunggangi keldai tersebut?penatlah kamu berjalan kaki begitu jauh sekali.kata orang di situ.Maka ayah kepada anak itu pun menaiki keldai tersebut.Maka setelah itu mereka pun meneruskan perjalanan.Sepanjang perjalanan itu,maka mereka pun sampai lagi di satu persimpangan jalan yang ditepi jalan itu ramai orang.Maka semua orang disitu melihat mereka dan tiba-tiba berkata "hai ayah yang pentingkan diri,kenapa kamu yang menunggangi keldai itu sementara anak kamu berjalan kaki?tidak kah kamu seorang ayah yang baik?membiarkan anak kecil berjalan kaki kepenatan sementara kamu menunggangi keldai?.Maka setelah mendengar suara itu,maka dua beranak itu pun bertukar tempat.Ayah berjalan kaki dan anak itu pula menunggangi keldai tersebut.Perjalanan mereka begitu jauh dari satu tempat ke satu tempat.Maka mereka pun tiba lagi di satu perkampungan yang disitu terdapat kedai-kedai kopi tempat melepak orang-orang disitu.Semua yang berada di kedai kopi tersebut pun melihat mereka dua beranak lalu berkata kepada mereka berdua."Hai anak yang tidak soleh dan taat kepada bapa.Mengapa kamu menunggangi keldai itu sementara ayah kamu yang sudah tua itu berjalan kaki?tidak kah kamu sedar akan perbuatan kamu itu?ayah sudah tua dan usia hampir ke penghujungnya dan kamu pula masih kuat dan bertenaga.Tidak kah kamu berfikiran rasional?maka setelah mendengar kata-kata itu,mereka pun berdua berehat di sepohon pokok.Kepenatan berjalan dan melayan kata-kata orang disekeliling dan memuaskan hati yang melihat mereka.Lalu ayah itu pun berkata kepada anaknya."Wahai anak ku,adakah engkau melihat akan tiga peristiwa yang kita lalui sepanjang perjalanan kita?terlalu banyak kata perlu kita dengar dan memberi kepuasan kepada apa yang mereka minta..maka kita tidak mampu melakukan semua itu kerana terlalu ramai manusia-manusia itu.Untuk memuaskan hati semua,bukanlah sesuatu perkara yang mudah.Apa yang kita buat dan dirasakan adil,tetapi tidak adil kepada mereka yang melihat kita.Apa yang kita rasa adil kepada seorang manusia,tetapi agak tidak adil kepada manusia yang lain.Maka wahai anakku,buatlah keputusanmu sendiri dan berlaku adillah kepada semua berdasarkan perkiraan kamu sendiri.Dan janganlah kamu berlaku keji kepada manusia-manusia yang kamu rasa dia ada hak mendapat apa yang dia dapat."maka setelah itu,anak itu pun memeluk ayahnya lalu berkata,terima kasih ayah sebab mendidik ku menjadi manusia yang bersyukur.Bersyukur kerana memiliki ayah yang baik dan berlaku adil.Bersyukur kerana memiliki ayah yang sentiasa memberi ilmu ke dalam hatiku yang masih muda ini.

"cerita dari seorang ayahku"

Pengajaran daripada cerita ini
1.untuk kita memuaskan hati semua bukanlah mudah kerana manusia itu memiliki kehendak yang berlainan.

2.Berlaku adillah kepada semua dan buatlah perkiraan berdasarkan keadilan yang mampu memberi sedikit kepuasan kepada semua.

3.Jangan menafikan hak mereka yang secara faktanya dia layak mendapat hak itu.

4.Sebagai ketua,maka adalah sangat perlu berlaku adil kepada semua dan maka teguhkan lah keputusan yang kamu buat tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak.

5.Jangan lepas tangan kepada tanggungjawab yang kamu pegang kerana ia akan merosakkan diri kamu sendiri.

Info mengenai manusia yang bergelar "pemimpin" dan memegang "tanggungjawab"

"Kamu sebagai pemimpin maka laksanakan lah kepimpinan kamu mengikut lunas yang betul"
"Apa yang kamu tanggung maka kamu juga perlu jawab.Sama ada jawab di dunia atau di akhirat kelak"

Dari penulis : Mohamad Suhaimey Bin Razin
Semoga cerita ini memberi sedikit pengajaran kepada kita.Insyallah.

No comments:

Post a Comment