Saturday, 30 January 2010
Jom Pergi Beriadah
Nama Program : Fit Up Aero
Tarikh : 26 Januari - 27 April 2010.
Masa : Jam 04.30 Pm - 05.30 Pm
Tempat : Perkarangan Letak Kereta SPKS (tertakluk kepada perubahan)
Program ini merupakan satu program santai iaitu aktiviti riadah yang akan dilaksanakan seminggu sekali setiap hari Selasa(tertakluk kepada perubahan jadual). Aktiviti yang dilaksanakan ialah seperti senam aerobik.Kepada semua rakan-rakan diharap dapat hadir pada hari Selasa ini bagi memeriahkan lagi program ini.Sila bawa baju t-shirt/pakaian yang bersesuaian kerana kita bakal beriadah bersama-sama dan dikendalikan oleh seorang pakar aerobik. Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberi kerjasama dan dapat menyertai program ini. Kerjasama daripada semua rakan-rakan amat dihargai.Sekian Terima Kasih.
Nota
*cop pasport disediakan
Tuesday, 26 January 2010
Berita Harian 27.1.10 Strategi pengukuhan
Enam program utama dilaksana capai matlamat transformasi IPTS Bumiputera
KEMENTERIAN Pengajian Tinggi menggariskan lima strategi bagi mengukuhkan kedudukan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) Bumiputera.
Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan IPTS, Datin Prof Dr Siti Hamisah Tapsir, berkata strategi itu bagi memantap kualiti program akademik yang ditawarkan institusi itu pada peringkat tempatan dan antarabangsa, meningkatkan jumlah IPTS Bumiputera berdaya saing tinggi dan memastikannya memenuhi penetapan kualiti badan akreditasi.
Beliau berkata jumlah pelajar antarabangsa di IPTS Bumiputera juga akan terus ditingkatkan, selain memastikan kemudahan kampus di institusi itu diperbaiki.
“Kementerian peka dengan isu dan cabaran dihadapi IPTS ketika ini termasuk kesukaran mendapatkan pelajar kerana ramai lebih berminat memasuki politeknik, sumber kewangan terhad serta kurang penajaan bagi pengajian peringkat sijil dan diploma.
“Kementerian juga berdepan cabaran dalam menguruskan sektor ini antara lain ingin melihat sistem pentadbiran IPTS diubah termasuk menerusi pemisahan kuasa antara pemilik dengan ketua eksekutif, memastikan kualiti program pengajian ditawarkan serta pelaksanaan dasar pengantarabangsaan dan liberalisasi membabitkan institusi ini.
“Lima strategi baru ini akan dijayakan menerusi pelaksanaan enam program utama bagi memastikan rancangan transformasi IPTS mencapai objektifnya,” katanya ketika menyampaikan pembentangan kertas kerja bertajuk `Strategi dan Hala Tuju Industri Pendidikan Tinggi Swasta dalam Mendepani Cabaran Menjelang 2020.
Pembentangan itu sempena Seminar Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM), di Kuala Lumpur, kelmarin, yang dihadiri kira-kira 50 ahli persatuan itu termasuk Presidennya, Datin Norayini Ali. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merasmikan seminar berkenaan.
Siti Hamisah berkata, enam program bagi menjayakan strategi itu ialah mewujudkan Program Inkubator bagi membantu IPTS yang mempunyai kurang 600 pelajar termasuk menerusi aktiviti pemasaran dan perkongsian ahli akademik dengan IPT awam (IPTA).
Beliau berkata, perkongsian sumber dan kemudahan antara IPTS dengan IPTA akan turut digalakkan, pinjaman mudah bagi IPTS membeli kemudahan untuk program kritikal dan pemberian insentif rebat atau pengecualian cukai bagi aktiviti pembangunan kampus.
Turut dirancang, katanya, program latihan ahli akademik IPTS di IPTA serta menggalakkan majoriti pelajar siswazah mengikuti pengajian di IPTS bagi membolehkan IPTA menumpukan kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
“Prestasi pencapaian pelaksanaan strategi ini diukur menerusi empat indeks prestasi utama iaitu 75 peratus universiti dan kolej universiti mendapat tiga bintang dalam Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dan semua program pengajian matang IPTS Bumiputera mendapat akreditasi.
“Selain itu, sekurang-kurangnya 30 peratus IPTS Bumiputera memperoleh kelulusan Kementerian Dalam Negeri untuk membuat pengambilan pelajar antarabangsa serta 30 peratus IPTS adalah hak milik penuh Bumiputera,” katanya.
Utusan Online - UKM wujud semula Sudut Pidato selepas 34 tahun diharamkan
BANGI 14 Jan. - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini menganjurkan Sudut Pidato selepas 34 tahun diharamkan berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1975.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah UKM menganjurkan semula Sudut Pidato itu diyakini mampu melahirkan golongan mahasiswa bertanggungjawab serta mencorak kepimpinan cemerlang di kalangan mereka.
Beliau berkata, pindaan semula AUKU yang diwartakan pada Februari lalu membuktikan kerajaan bersifat terbuka dalam memberi peluang kepada mahasiswa untuk menghidupkan budaya keilmuan dan intelektual di universiti.
"Kita menitikberatkan soal meningkatkan mutu pengucapan awam dan sifat tanggungjawab mahasiswa untuk berhujah dengan isu-isu setempat mahupun antarabangsa.
"Penganjuran Sudut Pidato ini diharap dapat membudayakan golongan mahasiswa cemerlang bukan sahaja daripada segi akademik tetapi turut melihat soal kematangan mahasiswa dalam mengutarakan sesuatu isu,'' tegasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Teres Eko Niaga dan Pelancaran Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) di sini hari ini.
Turut hadir Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Shahabudin.
Teres Eko Niaga bertujuan memberi peluang kepada mahasiswa menceburi bidang keusahawan di kampus sementara sistem SPKG diperkenalkan sebagai penilai kemahiran generik mahasiswa dalam aspek tanggungjawab sosial.
Sudut Pidato itu sebelum ini diharamkan berikutan pindaan AUKU 1975 kerana ia disalahgunakan untuk berpolitik.
Universiti terkemuka dunia yang turut menganjurkan Sudut Pidato dan menjadi acara utama kalendar mereka adalah Universiti Oxford, Universiti Cambridge dan Universiti Harvard.
Menurut Mohamed Khaled, selaras dengan misi nasional bagi mencapai matlamat pembangunan berasaskan ilmu pengetahuan dan inovasi, Sudut Pidato memberi lebih kebebasan bersuara kepada mahasiswa.
Bagaimanapun katanya, Sudut Pidato di kampus perlu mengikut peraturan dan berbeza daripada amalan pada 1960-an dan 1970-an.
"Panduan dan peraturan untuk mengadakan Sudut Pidato menekankan aspek modal insan, berhemah, berasaskan fakta, bertanggungjawab dan hormat-menghormati.
"Saya yakin mahasiswa yang bertanggungjawab tidak akan menyalahgunakan peluang yang diberikan ini.
"Saya harap institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) lain di negara ini turut menganjurkan Sudut Pidato di universiti masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, golongan mahasiswa di universiti juga perlu didedahkan dengan peluang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan utama.
"Malaysia bakal mengalami transformasi ekonomi kepada ekonomi pendapatan tinggi menjelang 2020 dan kerana itu, rakyat negara ini termasuk mahasiswa perlu merebut peluang menjadi usahawan berjaya,'' katanya.
Utusan Online - Perlu ada garis panduan sistematik tukar guru BM, BI
27 Januari 2010 / 11 Safar 1431
KUALA LUMPUR 18 Jan. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) meminta kerajaan menyediakan garis panduan yang sistematik bagi menempatkan semula guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ke sekolah lain.
Presidennya, Hashim Adnan berkata, program penempatan semula yang hanya melibatkan dua mata pelajaran itu telah disalah gunakan segelintir pentadbir sekolah dengan sewenang-wenangnya.
"Timbul masalah apabila penempatan semula ini dilaksanakan awal tahun ini. Kita menerima beberapa aduan daripada guru-guru mengenai perkara ini.
"Tiada garis panduan tetap mengenai penempatan semula guru dalam hal ini. Jadi sebelum ia berlarutan, sesuatu perlu dilakukan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Adnan berkata, NUTP bersetuju apabila Kementerian Pelajaran sebelum ini menjelaskan bahawa penempatan semula guru yang mengajar dua mata pelajaran itu adalah demi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
"Namun, dalam proses pergerakan guru dari satu sekolah ke sekolah lain itu, masalah lain pula timbul. Kita dapati ada guru yang tidak mengajar dua mata pelajaran itu turut ditukarkan atas alasan guru itu tidak disukai pihak sekolah atau bermasalah," katanya.
Katanya, sejak program penempatan itu dimulakan awal Januari ini, terdapat 10 aduan yang sebahagian besarnya melibatkan penyalahgunaan kuasa pentadbir sekolah terhadap guru-guru yang dipaksa bertukar ke sekolah lain.
"Aduan lain termasuk arahan pertukaran dalam tempoh yang terlalu singkat sehingga menimbulkan masalah kepada guru terlibat. Ini memberi tekanan kepada mereka terutama yang mempunyai keluarga.
"Masalah kos sara hidup juga menjadi isu apabila penempatan semula ini tidak dilaksanakan dengan koordinasi yang tepat oleh pihak yang berwajib," katanya.
Justeru, NUTP turut menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan menyediakan pampasan bulanan kepada guru-guru terlibat bagi membantu meringankan beban terutama kepada yang telah berkeluarga.
Katanya, penempatan semula guru-guru terbabit juga perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan berhati-hati dengan mengambil kira semua faktor kemanusiaan.
Adnan berkata, proses pertukaran guru-guru itu juga perlu dibuat berdasarkan kepada keperluan mata pelajaran di sesuatu sekolah dan bukannya kerana sekolah terbabit memerlukan guru semata-mata.
Berita Harian - 27.1.2010 Pusat pendidikan khas di Malaysia akan direalisasikan
Rabu, 27 Januari 2010
Oleh Zainor Said di Cebu, Filipina
PERSIDANGAN Majlis Menteri-Menteri Pelajaran Asean Ke-45 (Seamec ke-45) di sini dijangka meluluskan dua dokumen penting bagi membolehkan Malaysia menubuhkan pusat serantau Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asean (Seameo) mengenai pendidikan khas.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata persetujuan itu penting bagi membolehkan Malaysia menganjurkan seminar serantau untuk merangka dasar pendidikan khas Asean sebelum penubuhan pusat berkenaan dilaksanakan.
"Persidangan Seamec Ke-44 di Phuket tahun lalu meluluskan penubuhan pusat Seameo bagi Keperluan Pendidikan Khas (SEN) di Malaysia yang bakal menjadi satu-satunya pusat yang menjurus kepada bidang pendidikan khas rantau ini.
"Program sokongan transisi, pengumpulan data orang kurang upaya (OKU) yang mencapai usia persekolahan, merangka program latihan dan perkongsian amalan terbaik program transisi untuk OKU perlu dipersetujui semua pihak sebelum Malaysia dapat menubuhkan pusat berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia sejurus tiba di Shangri-la's Mactan Resort, di sini, lokasi Persidangan Seamec Ke-45, semalam. Sebelum itu, Muhyiddin yang mengetuai delegasi Malaysia, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan, diiringi Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa pegawai kanan Kementerian Pelajaran bagi persidangan empat hari berakhir Jumaat ini.
Muhyiddin berkata, pihak sekretariat Seameo juga akan melaporkan kemajuan Projek Bersama Seameo untuk Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik di Asia Tenggara dan Pencapaian Pendidikan untuk Semua Menjelang 2015 yang turut membabitkan Malaysia secara langsung.
"Malaysia akan melaporkan cadangan penganjuran Persidangan Bagi Menggalakkan Kesedaran Pendidikan kepada Kanak-Kanak Perempuan dan Wanita yang dijadualkan pada 11 hingga 15 Julai depan di Kuala Lumpur bagi menyokong pencapaian matlamat Pendidikan Untuk Semua (EFA) yang berteraskan kesamarataan jantina menjelang 2015.
"Persidangan bertujuan mengenal pasti pelbagai isu pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita serta berkongsi amalan terbaik berkaitan projek kerjasama jantina," katanya.
Muhyiddin berkata, persidangan kali ini akan menyaksikan jawatan Presiden Majlis Seameo yang dipilih di kalangan Menteri Pelajaran negara anggota Seameo secara giliran diambil alih Filipina. Menteri Pelajaran Thailand selaku Presiden Majlis Seameo Ke-44 akan melepaskan jawatan berkenaan.
Pilihanraya Sekolah


Selepas majlis ini.diteruskan pula Mesyuarat agung PGuru dan pembentangan laporan tahunan telah dilaksanakan oleh exco masing-masing.Pada majlis ini,soal jawab antara pelajar dengan mantan Pguru telah berlangsung.Selepas sahaja Mesyuarat Agung ini tamat,pengenalan calon yang bertanding telah dilaksanakan dan calon-calon ini telah menampilkan manifesto masing-masing dan keseluruhan daripada calon yang bertanding ini rata-rata tidak menjanjikan sesuatu yang sukar dilaksanakan tetapi calon-calon ini berjanji berusaha untuk membuat terbaik dan juga membuat reformasi kepada persatuan ini.Proses pengundian calon telah bermula sekitar waktu tengah hari.Berkenaan pengelibatan pelajar pada majlis tersebut,pada awal pagi ketibaan pelajar tidak berapa menggalakkan kerana menjelang jam 9 pagi,wajah-wajah pelajar belum ramai dan ini membimbangkan pihak pengurusan,Tetapi menjelang jam9.30 pagi ramai pelajar hadir dan ini memberi sedikit kelegahan kepada pihak pengurusan.Sebenarnya kehadiran pelajar ke majlis ini adalah wajib namun ramai juga pelajar tidak hadir dan ini perlu diambil perhatian semasa penganjuran majlis-majlis seterusnya.Walaupun ramai yang tidak hadir pada majlis ini kerana mungkin juga sibuk atau sengaja tidak hadir,tetapi majlis ini berjalan lancar dan proses pengundian berjalan dengan lancar tanpa adanya permasalahan yang timbul.




Berkenaan penganjuran majlis ini juga,satu respon daripada pelajar adalah memohon supaya pada sesi akan datang,Mesyuarat agung dan pilihanraya perlulah diasingkan kerana pelajar tidak dapat menunggu lama sebelum pengundian kerana ada urusan penting dan ini harus juga diambil perhatian semasa penganjuran aktiviti pada masa-masa akan datang.
Majlis tamat sekitar jam 1 petang dan pelajar-pelajar bersurai.
Sunday, 24 January 2010
Tour HT17
Perjalanan kami diteruskan lagi ke Homestay Mensilau Ranau dan sebelum tiba di kawasan tersebut kami singgah terlebih dahulu di Pekan Kundasang untuk membeli buah.Sempat juga kami mengambil gambar di kawasan ini.Sepanjang perjalanan kami banyak yang telah kami lalui.Cuaca sejuk kerana bukit diliputi kabus,lori panjang susah mau dipotong..kelabu asap kami dibelakang,keadaan jalan raya yang tidak rata dan banyak lagi.


Kami telah tiba di Homestay lebih kurang jam11.30 pagi dan kami telah berjumpa dengan pemilik kawasan tersebut.Kami di bawa melawat ke tapak perkhemahan tersebut.












Kami teruskan perjalanan ke Zen Garden pula untuk melihat kawasan tersebut.Hasilnya kawasan tersebut memang sesuai tetapi tentang harga bagi pakej program tidak dapat diteruskan kerana pihak yang khas untuk perundingan tidak ada di pejabat kerana bercuti.Selepas melawat tempat tersebut,kami terbang ke Daerah Tuaran pula untuk melawat dua tempat yang strategik iaitu Mimpian Jadi Resort dan Tuaran Beach Resort.Sebelum tiba di Tuaran kami sempat mengambil gambar dibebarapa kawasan sepanjang perjalanan ke Tuaran.





Kami tiba di Tuaran pada sebelah petang dan kami singgah terlebih dahulu di Pekan Tuaran untuk mengisi perut yang sedang lapar..Restoran yang dipilih tetaplah Restoran Juara.Nasi ayam yanglazat tapi harga pun lazat juga.Kes disini blaku apabila Rudi terpaksa makan mee basah yang dibuat dari mee Tuaran.Cam nda lazat ja..hehehe.Sepanjang perjalanan kami makan keropok dan pisang jak.sakit perut oh..hehehehe
Setelah melawat resort-resort ini,kami berangkat pulang ke UMS sekitar jam 4 petang.
gambar lain esok akan di upload..