BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 12 January 2010

Mesyuarat Family Day HT17

Pada 12 Jan 2010,sekitar jam 12-1 petang satu mesyuarat telah dilaksanakan di BT2 SPPS.Antara agenda yang telah dibincangkan ialah mengenai perjalanan program ini dan perkara-perkara yang telah dibuat oleh bahagian masing-masing.Turut hadir pada majlis ini ialah Majlis Tertinggi Program yang di ketuai oleh Saudara JRD dan ajk pelaksana program.Sesi perbincangan ini banyak membincangkan mengenai tempat,bajet,persediaan dan beberapa hal lain yang menjurus kepada perjalanan program ini.Pada sesi mesyuarat lepas,ajk pelaksana memutuskan bahawa program ini akan berlangsung selepas sambutan Tahun Baru Cina.Pada majlis ini,banyak perkara telah dibangkitkan oleh setiap bahagian masing-masing.Antaranya ialah berkaitan perkara yang perlu dilakukan oleh bahagian masing-masing,tempat program,pengelibatan pelajar dan kekangan-kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan program ini.

Dalam mesyuarat ini,saudara JRD sempat mengingatkan kepada semua ajk pelaksana supaya memberikan komitmen yang penuh terhadap program ini dan setiap bahagian perlu membuat mesyuarat tersendiri berkenaan tugasan masing-masing.Sifat sambil lewa membuat tugasan perlulah dielakkan.Diharapkan semua yang dibuat oleh ajk yang lain perlulah menjurus kepada pencapaian objektif program.

Sesi mesyuarat tamat dan mesyuarat seterusnya akan dilaksanakan pada minggu hadapan iaitu 19.1.10 di masa dan tempat yang sama.

Sejenak di arena mesyuarat


Info Sejarah Timur Tengah:Empayar Uthmaniyyah Hingga Perang Dunia Kedua



Kepada semua rakan-rakan yang mengambil kursus ini,anda diminta membuat kumpulan tugasan masing-masing.Setiap kumpulan mempunyai 3 orang ahli dan tajuk tugasan akan diberi oleh Cik Dayang pada kelas akan datang.Sila submit nama kumpulan anda dengan saya selewat-lewatnya hari Jumaat ini (15.1.10).Sekian terima Kasih.

Terkini Kepada Pelajar Tahun 2 Major Sejarah

Salam kepada semua terutama pelajar Major Sejarah Tahun 2..berkenaan info sebelum ini iaitu Sejarah Konflik Asia Barat,saya telah berjumpa dengan Cik Dayang Norizah pada jam 1 PM tadi(12.1.10).Cik Dayang Norizah mencandangkan kepada pelajar Major Sejarah supaya semester ini mengambil Sejarah Konflik Asia Barat Selepas Perang Dunia Kedua memandangkan subjek ini adalah kesinambungan kepada subjek Sejarah Timur Tangah : Empayar Uthmaniyah hingga Perang Dunia Kedua.Beliau meminta kepada saya agar mempromosikan kepada pelajar agar semester ini mengambil subjek tersebut sementara subjek ini masih dibawah kelolaannya.

Saya telah berbincang dengan beberapa orang pelajar berkenaan hal ini dan respon daripada mereka tidak mahu mengambil subjek ini atas sebab subjek ini berat dan risau menganggu prestasi akademik mereka.Saya telah ajukan hal ini kepada Cik Dayang dan respon daripada Cik Dayang subjek ini tidak lah sesusah apa yang kita fikirkan.Beliau menambah lagi bahawa subjek ini banyak perkaitan dengan subjek Sejarah Timur Tengah.Buku-bukunya tidak lah susah di perolehi kerana Cik Dayang juga memiliki beberapa koleksi buku rujukan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta rujukannya juga boleh didapati dibeberapa perpustakaan dan buku-buku berkaitan sejarah Islam.Pelajar akan sentiasa dibantu sekiranya menghadapi masalah berkenaan subjek ini seperti juga Cik Dayang sentiasa membantu kita ketika mengambil Sejarah Ocenia.

Namun,apa pun semuanya bergantung kepada pelajar.Tidak ada paksaan untuk mengambil subjek tersebut kerana Cik Dayang memaklumkan kepada saya tujuan beliau meminta pelajar mengambil subjek tersebut adalah untuk memudahkan pelajar itu sendiri.Semester ini beliau masih mengajar subjek tersebut dan semester hadapan belum tentu lagi berada dibawah kelolaannya.

Hari Khamis ini semasa kelas Sejarah Timur Tengah,kita akan berbincang bersama-sama sekali lagi berkenaan hal ini.

Sekian dan Terima Kasih.

Monday, 11 January 2010

kerja Lapangan Pengurusan Lembangan Saliran









Sungai merupakan elemen alam sekitar yang penting kepada manusia. Sejak dahulu lagi, manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai kerana sungai berfungsi sebagai alat pengangkutan, perhubungan,sumber bekalan air untuk domestik dan pertanian selain membekalkan sumber ikan kepada manusia.

Menyedari kepentingan sungai terhadap manusia, maka satu kajian di bawah seliaan Dr. Tan Choon Keong telah dijalankan oleh pelajar-pelajar Tahun Tiga Pendidikan dengan Sains Sosial di Sungai Penataran Kg. Melangkap Baru, Kota Belud pada 17 dan 18 Ogos 2009. Seramai 43 orang pelajar yang mengambil kursus Pengurusan Lembangan dan Saliran telah menyertai kajian selama dua hari di Sungai ini. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan ciri-ciri bentuk muka bumi sungai yang terdapat di Sungai Penataran dan aktiviti-aktiviti manusia di kawasan sungai yang meliputi aktiviti positif dan negatif serta langkah pemeliharaan dan pemuliharaan sungai tersebut. Selaras dengan kempen Cintai Sungai kita yang diperkenalkan pada tahun 1993, pelbagai langkah telah dilakukan supaya sungai ini boleh terus dipelihara. Begitu juga cadangan-cadangan bernas telah dikemukakan dalam kajian ini untuk mengekalkan Sungai Penataran sebagai khazanah alam bernilai tinggi di Kota Belud khasnya dan Sabah amnya. Laporan kajian ini turut dibukukan untuk rujukan kepada para pensyarah, pelajar-pelajar dan orang awam yang memerlukan. Diharapkan hasil laporan kajian ini akan dapat memberikan maklumat yang berfaedah di samping mampu melahirkan kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan sungai kepada manusia

Info Family Day

Perjumpaan Kepada semua Ajk Family Day HT17
Tarikh:12.1.2010
Hari:Selasa
Masa:12.00 pm
Tempat:Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial

Info Penting Kepada Semua Pelajar Tahun 2 Major Sejarah



Kepada semua rakan-rakan tahun 2 major sejarah,saya mendapat info daripada Cik Dayang Norizah supaya semeseter ini kita mengambil kursus TH20303 - Sejarah Konflik Asia Barat Selepas Perang Dunia Kedua.Sila ambil perhatian kepada info ini dan sebarang kesulitan sila berhubung dengan saya.Perbincangan dengan anda mengenai info ini amat diperlukan.Sila beri respon anda kepada saya sebelum 13.01.2010.Harap maklum

Sunday, 10 January 2010

Info Dari Exco Publisiti HT17

Kepada semua rakan-rakan terutamanya tahun 2,di bawah exco publisiti,saya(Mohd Suhaimey) telah merancang semester lepas agar semester ini kita membuat baju T-Shirt Persatuan HT17.Tujuannya adalah sebagai baju yang akan digunakan semasa melaksanakan beberapa program persatuan dan lambang kepada persatuan ini.Harga baju yang dicadangkan tidak lebih daripada RM35.00.Sebarang respon daripada anda sila maklumkan kepada saya di ruangan chat di buletin ini.Kepada rakan-rakan tahun 1,3,dan 4 yang ingin serta untuk membuat baju ini,sila maklumkan kepada ketua anda atau terus kepada saya.Sekian terima Kasih.